SELAMAT DATANG KE BLOG BSHER

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

Monday, March 29, 2010

Torres Makin Hebat..


LONDON - Fernando Torres semakin digeruni selepas meledakkan dua gol untuk membantu Liverpool menewaskan Sunderland 3-0 dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Penyerang Sepanyol yang telah merekodkan 20 gol musim ini, hanya mengambil masa tiga minit untuk membuka tirai jaringan sebelum meledak gol kedua Liverpool pada minit ke-60.

Manakala gol ketiga skuad The Reds disumbangkan oleh Glenn Johnson pada minit ke-32.

"Tugas saya adalah mempamerkan prestasi yang terbaik dan terus menjaringkan gol untuk kelab.

"Kami sudah mendapat keyakinan semula dan itu dapat dilihat menerusi persembahan yang dipamerkan pemain-pemain dalam beberapa siri perlawanan sejak kebelakangan ini.

"Apa yang penting adalah kami perlu terus berusaha untuk mencatatkan kemenangan dan melihat di mana kedudukan kami selepas tamatnya saingan musim ini," jelas Torres.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Rafael Benitez sudah boleh tersenyum lebar selepas menyaksikan prestasi konsisten yang dipamerkan skuad kendaliannya itu.

"Pemain-pemain telah mempamerkan prestasi sebenar mereka semula.

"Namun, masih ada baki perlawanan yang perlu hadapi dan pemain-pemain harus mengekalkan rentak permainan seperti ini."

"Ia amat penting untuk masa depan pasukan kami- Agensi



Dipetik dari Kosmo Online

No comments:

Post a Comment