SELAMAT DATANG KE BLOG BSHER

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

Monday, December 15, 2008

HukumNikah

Perkara mengenai hukum bernikah ini mungkin telah diketahui oleh semua, tetapi saya nak kongsi juga, hanya sebagai peringatan bersama.Bernikah hukumnya jaiz ( boleh ), ini adalah asal hukum. Kemudian datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat, makruh dan haram.

Wajib ----------------Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk bersetubuh ( Ta'iq ) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.


Sunat ----------------Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafkah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin ( kahwin adalah lebih utama baginya ).


Makruh ----------------Hukum makruh terbahagi dua : Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin. Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar ( mati pucuk ) atau orang yang sudah uzur ( berusia lanjut ).


Haram ----------------Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.Bagaimana pula jika seseorang mempunyai keinginan untuk bersetubuh tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk belanja kahwin dan sara hidup?Mari kita sama-sama fikirkan....Sambil-sambil tu.. bolehlah baca ebook "Maskahwin Yang Hilang". (kalau dah ada laa) http://www.maskahwin.comWassalam

No comments:

Post a Comment