SELAMAT DATANG KE BLOG BSHER

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

Monday, December 15, 2008

Datuk Siti Kurus kembali..MAKAN HATI KE!!!!!!


Badan Datuk Siti Nurhaliza nampaknya kejap langsing sekejap nampak gempal sedikit. Setiap kali muncul dalam majlis, imejnya sering berubah-ubah.
Apatah lagi sejak akhir-akhir ini dia jarang muncul dalam majlis. Apabila sesekali hadir, imejnya nampak ketara berubah.

Siti Nurhaliza kembali langsing. Sebagai orang yang sering jadi tumpuan dalam sesebuah majlis, pastilah Siti mahu tampil dengan gaya yang menarik.
Siti akui berat badannya mudah naik dan mudah pula turun bergantung kepada amalan pemakanannya. Kini dia bakal muncul dengan album baru, pastilah bersemangat untuk menurunkan berat badan.
"Sebenarnya semasa bulan puasa lalu dan musim rumah terbuka Hari Raya, Siti jarang menghadiri majlis, jadi itulah masa Siti berdiet," kata Siti pasal dietnya.
Menyentuh pasal album barunya, kata Siti mengikut perancangan ia akan dipasarkan tahun ini juga dan kini prosesnya sudah di peringkat akhir.

1 comment:

  1. aduh.. kak ct.
    sape yg bg kak ct pakai mcm ni.
    plis be more selective and fashionable la sist.
    huhu

    ReplyDelete