SELAMAT DATANG KE BLOG BSHER

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

Monday, March 29, 2010

Influenza

Doa Pagar Rumah


Dari Ibn Mas’ud dari Rasullullah SAW bersabda; Sesiapa membaca sepuluh ayat;

  • empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
  • dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
  • dan penutup surah Al Baqarah (284-286)

Nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.

Baca sekali selepas solat subuh dan sekali selepas solat maghrib. Jika ada 2, 3 atau 1000000 rumah sekalipun maka niatkan sekali untuk rumah-rumah tersebut, berharaplah dan jangan putus harap pada AlLah yang Maha Memiliki apa yang di langit dan di bumi.

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

AyaT-AyaT CintA ZamaN SekaRAnG



Walau lautan api,

aku akan naik bot untuk rentasnye,

ye la, takkan gile nak berenang kan.

Walau setinggi gunung,

aku sewa helikopter ,

ye la, nak daki mane larat.

Walau duit antaran rm100000,

aku akan tetap tikam nombor,

nak kerja, malas ahhh.

Walau mak pak ko tak bagi,

aku tetap nak jugak,

akan ku langgar diorang dengan kapcai abang aku.

Walau ade prempuan lain,

takkan ku curang,

melainkan die lagi cantek.

Kisah Romantik RASULULLAH SAW



Assalamualaikum semua
Setiap hari kita baca dalam mengenai kisah rumah tangga. Kisah Poligami la, isteri curang la, suami main kayu tiga la dan macam macam lagi la. Sebut sebut pasai poligami , kisah suami lebih muda dari isteri serta suami cari bini muda ni dan pelbagai lagi cerita seringkali kita baca dalam surat habaq. Tak kira la Utusan ka, Metro ka, Harakah, Kosmo ka atau pun Berita Harian.
Macam sesuatu yang pelik pulak kalau lelaki kawin xtra. Kalo dah mampu tu, teruskan lah aja niat murni tu. Kerana itu pun di tuntut dalam Islam. Bukan apa, orang pompuan pun akan dapat manafaat nya jugak. Tapi bila sebut pasai benda tu, mestilah orang pompuan melenting habih. (aku rasa lepaih ni banyak la aku terima emel dari pompuan yang kutuk aku). Depa lagi suka kalau laki depa dok main pompuan luaq. Pi Siam ka, Surabaya ka, Batam ka dan banyak lagi la tempat tempat strategik.
Cuba la pakat pakat redho.Haaa.. ..nanti di akhirat dapat payung emas lagi. Dari segi kesihatan pun memang elok bagi pompuan kalau laki depa ada bini extra. Ni bukan saja reka reka. Banyak artikel yang mengisahkan tentang ini. Cuba cuba la banyak membaca. Ni tak Asyik nak baca kisah Mawi kawin Ekin ja. Hampeh je kisah Mawi ngan Ekin tu. Macam depa ja yang kawin. Perghh…. Lagi satu jangan dok ingat laki kat umah tu baik…..jalan tunduk ja. Pijak semut pun tak mati. Kadang yang lagu ni la lagi hantu. Baik tentu yang kita memang tahu dia ni haprak. Tapi dalam hati sapa yang tau. Tapi kaum Adam ni pun jangan la nak mengada ngada sangat. Mentang mentang aku bagi tips nak amik kesempatan konon. Mampu yang aku maksudkan disini bukan lah sekadar boleh bagi makan pakai jer, tapi merangkumi dari pelbagai sudut. Ini termasuk dari segi kasih sayang nya, giliaq malam nya dan juga hubungan silaturrahim sesama keluarga kedua dua pihak. Kalu tak leh…hah..jangan nak menggatai. Lagi satu aku nak bagi tips. Jangan suka tipu bini. Tapi sikit sikit muslihat tu boleh la.

Sebut pasai muslihat ni, aku teringat satu kisah romantik Rasulullah kita. Kisah nabi kita dengan barisan isteri isterinya. Ambiklah iktibar dan tauladan dari kisah ini bagi yang berhajat nak buka cawangan lagi satu. Kisah nya beginii….. teng teng teng….. Suatu hari semua isyteri isteri Rasulullah berkumpul di hadapan nya (macam meeting mingguan la kot). Lalu bertanya lah wakil isteri baginda. Diantara mereka, siapakah yang paling baginda sayangi? Lalu Rasullah menjawab, saya akan bagi tahu kamu semua nanti…..balik la dulu….. Selepas mendapat jawapan tersebut, maka barisan isteri isteri Rasulluah pun balik la kerumah masing masing. Selepas dari pertemuan tersebut, Rasullullah pun membelikan setiap seorang isterinya itu sebentuk cincin.Semasa menyarungkan cincin tersebut, baginda berbisik supaya jangan diberitahu kepad isteri isteri yang lain. Pada minggu berikutnya pertemuan sekali lagi di adakan bersama isteri isteri baginda. Kesemuanya berdebar debar menanti jawapan dari Rasulullah tentang soalan yang di kemukakan pada pertemuan minggu sebelum nya. Dengan tenag Rasullullah berkata; “ISTERI YANG PALING AKU SAYANGI IALAH YANG KU BERIKAN CINCIN KEPADA NYA”. Kesemua isteri Rasulullah tersenyum puas. Mereka menyangka kan diri mereka saja yang mendapat cincin. Jadi mereka menyangka diri mereka sentiasa di sayangi Rasulullah dan tidak terasing. Aku rasa cukup dulu aku citer kisah romantik Rasullullah. Insya Allah aku akan citer kisah romantik Rasulullah bersama isteri nya Aisyah di dalam bilik air di masa depan serta banyak lagi kisah kisah romantik Rasulullah yang akan aku dipaparkan untuk renungan bersama . Semuga kita semua di berkati Allah jua hendak nya. Aminnnnnn!!! !!


sumber:ahli SIM

Pak Pandir - Episod 2



HANDPHONE


Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"

Pak Pandir - Episod 1


KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:

"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."